Tajuk Pilihan

Mengingati Hari Lautan Sedunia

Mengingati Hari Lautan Sedunia

Wednesday, 08/06/2016

Kongsi Artikel ini :

Bermula tahun 2008, negara-negara di seluruh dunia meraikan ‘World Oceans Day’ atau Hari Lautan Sedunia pada 8 Jun setiap tahun, seperti ketetapan yang telah dibuat oleh Mesyuarat Agung Bangsa-bangsa Bersatu pada 5 Disember 2008.

Konsep 'World Oceans Day' pada mulanya dicadangkan semasa ‘Earth Summit’ di Rio de Janeiro pada tahun 1992 sebagai salah satu cara untuk menghargai lautan yang dikongsi bersama oleh Negara-negara sedunia serta hubungkait kita secara langsung dengan laut. Di samping itu, konsep Hari Lautan Sedunia juga disarankan sebagai satu mekanisme untuk mewujudkan kesedaran tentang peranan penting yang dimainkan oleh laut di dalam kehidupan manusia dan juga cara-cara penting bagaimana masyarakat boleh membantu melindungi laut.

Hari Lautan Sedunia merupakan salah satu initiatif seluruh masyarakat dunia bagi menghargai serta merancakkan usaha bagi melindungi planet bumi. Metafora lautan boleh diibaratkan sebagai jantung kepada bumi; dan seperti peranan utama jantung yang mengepam darah ke setiap bahagian tubuh badan kita, lautan bertindak sebagai penghubung antara manusia dan daratan serta seluruh dunia tanpa mengira di mana kita berada. Selain dari menstabilkan iklim bumi, menyediakan sumber makanan kepada jutaan manusia setiap tahun dan mengeluarkan oksigen, lautan merupakan habitat utama kepada pelbagai hidupan marin, yang banyak membiak di terumbu karang juga merupakan sumber kepada ubat-ubatan yang menghasilkan pelbagai manfaat. Oleh itu, bagi menjamin kesihatan dan keselamatan masyarakat kini dan generasi akan datang, kita hendaklah menjaga lautan sebagaimana lautan memainkan peranannya selama ini terhadap kita.

Walaupun ramai telah sedia menyedari kepentingan lautan keada kehidupan manusia, lautan di seluruh dunia masih lagi menghadapi tekanan besar. Pelbagai aktiviti perikanan termasuk eksploitasi berlebihan, penangkapan ikan secara haram, tidak dilaporkan dan tanpa peraturan (‘illegal, unreported and unregulated fishing’), penggunaan kaedah tangkapan yang memusnahkan serta amalan akuakultur yang tidak mapan dan merosakkan persekitaran marin, telah memberi kesan buruk ke atas laut. Keadaan ini menjadi bertambah buruk dengan wujudnya pencemaran laut, kemusnahan habitat marin, spesis asing, perubahan iklim dan asidifikasi laut.

Tema Hari Lautan Sedunia tahun ini iaitu, ‘Healthy Oceans, Healthy Planet’ (Laut Sihat, Planet Sihat); menuntut setiap seorang dari penduduk bumi untuk menunjukkan keprihatinan terhadap masa depan lautan sedunia. Masyarakat dunia diseru untuk sama-sama memperjuangkan isu lautan dan kepentingannya bagi memberi semangat dan keyakinan bahawa suara ramai dapat menembusi tembok politik yang rata-ratanya memilih untuk memandang sepi isu lautan. 

FOTO : Borhanudin bin Mohd Yusof@Mohamed (PPAL UMT)

Dikeluarkan oleh:

Pusat Komunikasi Korporat
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Terengganu

Tel: +609 – 668 5086

ARKIB 2017

UMT & CTI-CFF Rungkai Potensi Terumbu Karang Buatan
Selamat Datang Pelajar Baharu UMT Sesi 2017/2018
“NEGARAKU SEHATI SEJIWA” Diterjemah Warga UMT Melalui Hari Keluarga Merdeka UMT
KONVENSYEN PEMIMPIN MAHASISWA KEBANGSAAN 2017 ‘MAHASISWA KE ARAH TN50 – MELAHIRKAN GENERASI WASATIYYAH’
Pameran Antarabangsa "Rahsia Ikan Lut sinar"
Komitmen UMT pada komuniti Setiu melalui Penyelidikan Translasional UMT
GLOBAL TOURISM CONFERENCE 2017 PEMANGKIN EKONOMI GLOBAL
SATREPS - COSMOS RESEARCH LABORATORY
Syawal 1438H dirai meriah
Ramadan Membawa Rahmat kepada Pelajar Baharu UMT
Ramadan Bulan Penuh Rahmat dan Keampunan
Karnival WOW 2017 UMT Meriah di Teluk Ketapang
Sambutan World Ocean Week 2017 Lebih Meriah
UMT menang besar dalam Anugerah Buku Negara 2017
UMT Giat Usaha Lindungi Hidupan Marin
UMT menang besar dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2016
‘Young Motivator Competition’ (U-Mac) bentuk keyakinan berkomunikasi pelajar UMT
Felicitaciones (Tahniah)!
Keunikan UMT Tarik Perhatian Pengunjung LIMA '17
EMAC UMT Anjur Balloon X Charity Run Kumpul Dana bagi Misi Kemanusiaan Kemboja-Vietnam (MISI K)
Majlis Apresiasi Media 2017 tanda penghargaan UMT kepada Pengamal Media Tempatan
UMT Fokus Penyelidikan Translational untuk Manfaat Komuniti, Negara dan Global
UMT Lancar Program 2u2i Sarjana Muda Perakaunan dan Tandatangan Perjanjian Bersama ACCA
ICTLHE 2017 temukan UMT dan UniSZA demi Kesepunyaan dan Keserakanaan
UMT Sailing Team sertai 15th Royal Langkawi International Regatta 2017
UMT & Celcom Axiata Berhad Bekerjasama Sampaikan Misi Bantuan Banjir
UMT Vice-Chancellor Received Honorary Awards from Swansea University
Prof Dr Nora aini Pendaftar UMT baharu

ARKIB 2016

UMT tuan rumah Mesyuarat Tahunan TROPIMUNDO Steering Board (STEB) Committee Meeting dan Selection New Intake Meeting 2016
UMT anjur Go Green Ride 2016 bersama KPT dan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG)
UMT raih anugerah sempena Anugerah Buku Negara 2016
UMT Anjur UMTAS ke-13
PISM UMT Anjur Kem Bijak Aulad 2016
UMT Terima TNC HEPA yang Baharu
Ilmu Pengetahuan & Pengalaman dari Pensyarah Bekalan & Inspirasi Graduan UMT
Suami Isteri Terima Ijazah Sarjana Serentak Sempena Majlis Konvokesyen UMT ke-14
Majlis Konvokesyen ke-14 UMT rai 2806 Graduan
SAMBUTAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-14 SEMAKIN TERASA!
Para Saintis & Jurutera Bertemu di UMT Ungkai Isu Kelautan, Aeroangkasa & Mekanikal
Komuniti Inovatif Tema Utama ICSED 2016 Universiti Malaysia Terengganu
Diversiti UMT Diserikan dengan UMT Colour Run
Investment Policy Statement (IPS) Universiti Malaysia Terengganu Dilancarkan
Tanah Bencah Setiu Bakal Taman Negeri Terengganu Pertama
Ekosistem Bakau Khazanah Alam
Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT Sesi 2016/2017 Berjalan Lancar
Program Jelajah Forum dan Ekspo MAMPAN 2016 Kuala Terengganu (JFEM16KT)
UMT Tawarkan 2,485 Tempat bagi Ijazah Sarjana Muda
Wakil Pelajar PPSMS dan PPSA Menang Tesis Terbaik
Kemenangan Besar UMT - Pertandingan NRIC & CoRIC 2016 USM
Pelajar PPPSE & PPIMG UMT Menang Anugerah di Global Youth Leaders Travel & Learning Camp (GYLTLC) 2016
Majlis Raya UMT Rai Anak Yatim & Warga UMT
Raikan Lebaran Kemeriahan Dikongsi
Program Cakna Asnaf UMT Bantu 600 Fakir Miskin
3000 Hadiri Majlis Berbuka Puasa Perdana UMT
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan – Ganjaran Memberi
Mengingati Hari Lautan Sedunia
Diploma Perikanan UMT Terima 4992 Permohonan Kemasukan Belajar
UMT Giat Jalankan Program Kesedaran Marin
PM Rasmi Sambutan Minggu Lautan Sedunia di Universiti Malaysia Terengganu
UMT Menang 13 Pingat di Pameran 27th International Invention & Innovation Exhibition (ITEX 2016)
Siti Maya Simbol Penyelidikan UMT di Tasik Kenyir
Penyelidikan Pensyarah UMT diiktiraf Nature Publishing Group

ARKIB 2015

Teaching Accountancy Firm Pertama Di Malaysia Dan Pertama Di Dunia
Fatwa Pembunuhan Haram Binatang Liar Adalah Haram - Tahniah Institut Penyelidikan Kenyir (IPK)
BoG-pNA, Mengesan Wabak Cirit-Birit & Demam Kepialu Meraih Emas di PECIPTA’15
Pelancaran Buku
Majlis Konvokesyen kali ke-13, Universiti Malaysia Terengganu
Keputusan Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT Sesi 2015/2016
Jelajah Kayak Merdeka Sungai Terengganu
Pendaftaran Pelajar Baharu UMT Sesi 2015/2016
Pingat Emas untuk Tenis Campuran Hadiah Bermakna Buat UMT
Projek Inovasi Penampal Luka & Penyelesaian Masalah Sistem Penghadaman Manusia Telah Merangkul Emas
Kumpulan CUBE Merintis Kecemerlangan Inovasi Pengurusan
7 Negara Bersatu Demi Ekosistem Sejagat
Rahmat Seluas Lautan, UMT Cakna Komuniti Jejak Asnaf & Ziarah Fakir Miskin
Marhaban Ya Ramadhan
Penyelidik UMT Mendapat Pengiktiraran Sempena ITEX’15
Naib Canselor Wanita Pertama UMT
Bina Kerjaya dalam Bidang Kelautan
Mencapai Kecemerlangan, Mencari Keunggulan
Fokus untuk Tarik Pelajar Cemerlang
Unggul, Cemerlang & Dihormati
Khazanah Lautan Jadi Fokus Penyelidikan
RV Discovery : Ikon & Aset Penyelidikan Kebanggaan UMT

ARKIB 2014

MISI BANTUAN BENCANA UMT
Pusat Pembelajaran Digital Sultanah Nur Zahirah
Konvokesyen ke-12 Universiti Malaysia Terengganu
Molekul Tunggal: ‘Wira belakang tabir’
Hijrah itu Satu Permulaan
Pesta Cahaya Deepavali
Aidiladha, Kisah Pengorbanan Sebenar
2380 Pelajar Baru, 6003 Pelajar Lama Mulai Mendaftar
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Institut Penyelidikan Kenyir
Salam Aidilfitri 1435
FASTABIQUL KHAIRAT
World Ocean Week 2014
Minggu Jalinan Mesra 2014